Sunday 28 October 2012

Wednesday 24 October 2012

Misi Kami Bermula

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia. Pada hari Rabu bersamaan 24 Oktober 2012, kelas kami memulakan industri memasak kami dengan memasak 'Murtabak Maggi'. Kami memasak bersama-sama di bilik masakan yang terdapat di sekolah kami. Kami menggunakan segala kemudahan yang disediakan untuk menggoreng 'Murtabak Maggi'. Setelah 'Murtabak Maggi' selesai digoreng, kami memberi murtabak tersebut kepada guru-guru yang mengajar kami termasuklah Cikgu Rosni. Kami ingin berkongsi serba sedikit gambar sepanjang kami menggoreng 'Murtabak Maggi'.
Bersiap sedia untuk masak 

Sebelum mula kenalah dengar arahan dulu...

Mengeluarkan bahan yang dibawa 

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat 'Murtabak Goreng'

Wani & Masliza sedang menghancurkan ayam kisar

Time untuk bungkuskan makanan untuk cikgu ! 

Cikgu Noradhilla-tukang masak yang handal. Hehe. Boleh masuk MasterChef ni.  xD

Umi sedang menyiapkan bahan masakan

Model makanan kita , Hazarina Jo ! Hehe.

Rajinnya Mai...
Ain dah macam mama kita. Haha.

Linda & Zaitie sedang menyediakan bebola ayam.
Itu sahajalah gambar yang ingin dikongsikan sepanjang  kami menggoreng 'Murtabak Maggi'.

Friday 19 October 2012

Perancangan Awal

Assalamualaikum semua. Kami, pelajar tingkatan 3 ditugaskan untuk membuat satu aktiviti yang dianjurkan oleh kaunselor sekolah iaitu '1 Kelas 1 Industri'. Kelas kami, iaitu 3 Zamrud bercadang untuk menjalankan industri masakan untuk memupuk semangat kerjasama diantara kami.